Thursday, January 1, 2015

Produk: NGV

sumber : http://www.bhauto.my/produk-ngv/ 

NGV menjimatkan
Kebiasaannya, NGV digunakan oleh teksi, namun terdapat juga pemilik kereta yang memilih untuk memasang NGV pada kenderaan mereka.
Berbanding dengan kos semasa petrol RON95 yang berharga RM2.10 seliter, pastinya melalui penggunaan NGV akan memberikan penjimatan yang lebih menguntungkan pada harga RM0.68 seliter.
Melihat kemampuan seliter NGV untuk dipandu pada jarak yang sama dengan penggunaan petrol, semestinya ini merupakan penyelesaian terbaik untuk mengatasi kenaikan harga bahan api pada masa kini.
Selamat digunakan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif City NGV Sdn Bhd, Allan Tan, penggunaan NGV sebenarnya sangat selamat walaupun terdapat kebimbangan seandainya tangki NGV akan meletup dengan mudah.
“Ya, risiko untuk tangki NGV meletup sememangnya ada jika pemasangan tangki dilakukan oleh pekerja yang tidak berkelayakan. Tetapi sekiranya proses pemasangan dibuat dengan betul, risiko berlakunya letupan sangat minimum berbanding dengan risiko bagi kereta yang menggunakan petrol,” jelas Allan.
Tambah beliau lagi, terdapat kes di mana bengkel yang menawarkan khidmat pemasangan tangki NGV tanpa kepakaran atau jaminan berpindah selepas pemasangan tangki pada kereta pelanggan untuk mengelakkan diri dari berdepan dengan sebarang masalah yang akan timbul.
Pulihara alam sekitar
Ketika diminta menjelaskan mengenai kelebihan NGV berbanding petrol biasa, Allan memberitahu selain dapat memberikan penjimatan dari aspek kewangan, penggunaan NGV juga dapat membantu memelihara alam sekitar di samping mencegah pencurian petrol.
Bagi menjamin tahap keselamatan, tangki-tangki NGV yang hendak dipasang harus mendapat pengesahan dan kelulusan dari JPJ, DOSH dan SIRIM.
Manakala kos pemasangan tangki NGV bermula dari harga RM2,199 ke atas dan bergantung kepada jenis kenderaan dan enjin kereta yang digunakan..
Pengguna NGV tidak akan merasai perbezaan ketara namun satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah NGV memerlukan lebih masa untuk proses pemanasan kerana ia mempunyai suhu pembakaran yang lebih tinggi berbanding petrol biasa.
“Kebanyakkan kereta sesuai untuk dipasang tangki NGV, sama ada kereta biasa seperti Proton Iswara atau Exora sehinggalah kereta berprestasi tinggi seperti Jaguar ataupun Porsche,” kata Allan.

 – Fatihah Rashid

No comments:

Post a Comment