Saya menggunakan Volvo model 940 Turbo. Apakah kesannya jika saya menggunakan bahan bakar NGV yang boleh menjimatkan minyak pada kenderaan saya. Adakah ia akan memudaratkan kenderaan itu?
sumber : http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Skru_Spanar_Kelebihan_kekuranganNGV/Article/index_html
FAREZ SHAH
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Kelebihan menggunakan NGV ialah mengurangkan pelepasan gas berbahaya ke alam sekitar. Kenderaan NGV mengurangkan pelepasan karbon monoksida sehingga 93 peratus, oksida nitrogen (33 peratus), hidrokarbon reaktif (50 peratus) berbanding kenderaan petrol biasa.
Harganya juga lebih stabil berbanding bahan api berasaskan petroleum. Kenderaan NGV juga mempunyai kos penyelenggaraan lebih rendah kerana pembakaran gas asli begitu bersih, menjimatkan dan mengurangkan kehausan enjin.
Bagaimanapun, ia mempunyai kelemahan apabila memerlukan ruang besar untuk memuatkan tangkinya. Ini berikutan ia perlu mengorbankan ruang barangan untuk menampung silinder penyimpanan bahan api.
Kelemahan lain adalah jarak pemanduan terhad dan biasanya hanya separuh berbanding kenderaan menggunakan petrol.
Bagaimanapun, ada juga kereta mampu menggunakan kedua-duanya seperti Mercedes E-Class. Ia diklasifikasi Teknologi Gas Asli (NGT) dan boleh dipandu 186 kilometer (km) ketika menggunakan gas asli, manakala 435 km bagi petrol.
Anda juga boleh menggunakan NGV bagi sebuah kenderaan dengan turbo, tetapi rangsangan kuasa atau ‘boost’ akan menjadi terhad.
Pam NGV sedia ada mungkin tidak mampu mengepam gas secukupnya jika kuasa ‘boost’ ditingkatkan, kecuali menukarkan kepada komponen berkenaan yang lebih tinggi.
Sistem penyejukan juga mungkin perlu ditingkatkan untuk memastikan kesejukan pada operasi panjang. Dapatkan nasihat mereka yang pakar dalam pemasangan NGV bagi enjin turbo.
Sayangnya kedai dah tutup.NGV Di exora saya dipasang tahun 2015 dikedai tuan.masih Tiada masalah,enjin sihat walafiat sampai skrg
ReplyDelete