Kuala Lumpur: Persatuan Pemasangan Kenderaan Gas Asli Malaysia (MANGVI) kenderaan yang menggunakan gas asli (NGV)meningkat 10 peratus menjelang akhir 2015 berbanding 56,000 unit yang dicatatkan pada 2013 seperti yang dilaporkan NGV Global berikutan permintaannya meningkat selepas kerajaan mengurangkan subsidi petrol.
Penggunaan gas asli mampat (CNG) mampu memberi penjimatan sekitar 70 peratus berbanding petrol kepada pengguna kenderaan dengan Petronas adalah syarikat penyedia utama CNG di Malaysia meliputi 176 stesen NGV di seluruh negara tidak termasuk Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.
Presiden MANGVI, Datuk Danny Tan berkata, kenderaan NGV memberi kesan positif kepada persekitaran dan menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan 40 peratus pelepasan karbon menjelang 2020.
Beliau berkata, Petronas tidak harus menaikkan harga CNG yang ketika ini 68 sen seliter kerana sebelum ini, dilaporkan Petronas bercadang menaikkan harga CNG kepada RM1 seliter memandangkan harganya ketika ini berada pada kadar sama sejak lebih lima tahun lalu.
“CNG memberi alternatif kepada pengguna mengurangkan kos perjalanan kenderaan dan kami mencatatkan 500 unit sebulan membabitkan pelbagai jenis kenderaan bertukar kepada sistem NGV yang ia satu petanda positif menunjukkan ramai pengguna peka kepada kewujudannya untuk langkah penjimatan serta memelihara persekitaran.
“Kos pemasangan NGV terdapat dalam dua jenis iaitu enjin karborator RM2,800 hingga RM3,000 manakala, enjin suntikan elektronik RM4,000 hingga RM4,500 bergantung kepada jenis kenderaan,” katanya pada taklimat media mengenai Kembara Hijau MANGVI di sini, baru-baru ini.
Program kembara dianjurkan MANGVI itu berlangsung pada 29 dan 30 November ini disertai 57 kenderaan NGV sejauh 550 kilometer dari Ayer Keroh, Melaka hingga ke Georgetown, Pulau Pinang bertujuan mempromosikan manfaat NGV kepada pengguna kenderaan lain.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:07 AM
DANNY (dua dari kiri) pada taklimat Kembara Hijau MANGVI.
-
sumber : http://www.hmetro.com.my/node/9568
No comments:
Post a Comment