Sunday, January 18, 2015

Pemasangan NGV Pada Proton Exora CFS Turbo 1.6

Nama : Ustaz Fahmi Bin Salleh Hilmi (Jabatan Zakat Negeri Kedah)

Kit jenis Gas Italy, tong 40 liter x 2 biji.



Friday, January 9, 2015

Pemasangan Pada Saga BLM dan Proton Persona

Nama Pelanggan

En Azizul - Persona (Jabatan Zakat Kedah)
Ust Faisal - Saga BLM (Jabatan Zakat Kedah) - Kit Sequential, Bluemac





Pemasangan Pada Vios TRD

Nama Pelanggan : Ustaz Sa'di (UITM Arau, Perlis)
Jenis                   : Kit Sequential, Gas Italy




Thursday, January 1, 2015

Kenderaan guna NGV meningkat 10%

Kuala Lumpur: Persatuan Pemasangan Kenderaan Gas Asli Malaysia (MANGVI) kenderaan yang menggunakan gas asli (NGV)meningkat 10 peratus menjelang akhir 2015 berbanding 56,000 unit yang dicatatkan pada 2013 seperti yang dilaporkan NGV Global berikutan permintaannya meningkat selepas kerajaan mengurangkan subsidi petrol. Penggunaan gas asli mampat (CNG) mampu memberi penjimatan sekitar 70 peratus berbanding petrol kepada pengguna kenderaan dengan Petronas adalah syarikat penyedia utama CNG di Malaysia meliputi 176 stesen NGV di seluruh negara tidak termasuk Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Presiden MANGVI, Datuk Danny Tan berkata, kenderaan NGV memberi kesan positif kepada persekitaran dan menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan 40 peratus pelepasan karbon menjelang 2020. 

 Beliau berkata, Petronas tidak harus menaikkan harga CNG yang ketika ini 68 sen seliter kerana sebelum ini, dilaporkan Petronas bercadang menaikkan harga CNG kepada RM1 seliter memandangkan harganya ketika ini berada pada kadar sama sejak lebih lima tahun lalu. “CNG memberi alternatif kepada pengguna mengurangkan kos perjalanan kenderaan dan kami mencatatkan 500 unit sebulan membabitkan pelbagai jenis kenderaan bertukar kepada sistem NGV yang ia satu petanda positif menunjukkan ramai pengguna peka kepada kewujudannya untuk langkah penjimatan serta memelihara persekitaran. 

 “Kos pemasangan NGV terdapat dalam dua jenis iaitu enjin karborator RM2,800 hingga RM3,000 manakala, enjin suntikan elektronik RM4,000 hingga RM4,500 bergantung kepada jenis kenderaan,” katanya pada taklimat media mengenai Kembara Hijau MANGVI di sini, baru-baru ini. Program kembara dianjurkan MANGVI itu berlangsung pada 29 dan 30 November ini disertai 57 kenderaan NGV sejauh 550 kilometer dari Ayer Keroh, Melaka hingga ke Georgetown, Pulau Pinang bertujuan mempromosikan manfaat NGV kepada pengguna kenderaan lain. Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 November 2014 @ 5:07 AM DANNY (dua dari kiri) pada taklimat Kembara Hijau MANGVI. -

sumber : http://www.hmetro.com.my/node/9568

Produk: NGV

sumber : http://www.bhauto.my/produk-ngv/ 

NGV menjimatkan
Kebiasaannya, NGV digunakan oleh teksi, namun terdapat juga pemilik kereta yang memilih untuk memasang NGV pada kenderaan mereka.
Berbanding dengan kos semasa petrol RON95 yang berharga RM2.10 seliter, pastinya melalui penggunaan NGV akan memberikan penjimatan yang lebih menguntungkan pada harga RM0.68 seliter.
Melihat kemampuan seliter NGV untuk dipandu pada jarak yang sama dengan penggunaan petrol, semestinya ini merupakan penyelesaian terbaik untuk mengatasi kenaikan harga bahan api pada masa kini.
Selamat digunakan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif City NGV Sdn Bhd, Allan Tan, penggunaan NGV sebenarnya sangat selamat walaupun terdapat kebimbangan seandainya tangki NGV akan meletup dengan mudah.
“Ya, risiko untuk tangki NGV meletup sememangnya ada jika pemasangan tangki dilakukan oleh pekerja yang tidak berkelayakan. Tetapi sekiranya proses pemasangan dibuat dengan betul, risiko berlakunya letupan sangat minimum berbanding dengan risiko bagi kereta yang menggunakan petrol,” jelas Allan.
Tambah beliau lagi, terdapat kes di mana bengkel yang menawarkan khidmat pemasangan tangki NGV tanpa kepakaran atau jaminan berpindah selepas pemasangan tangki pada kereta pelanggan untuk mengelakkan diri dari berdepan dengan sebarang masalah yang akan timbul.
Pulihara alam sekitar
Ketika diminta menjelaskan mengenai kelebihan NGV berbanding petrol biasa, Allan memberitahu selain dapat memberikan penjimatan dari aspek kewangan, penggunaan NGV juga dapat membantu memelihara alam sekitar di samping mencegah pencurian petrol.
Bagi menjamin tahap keselamatan, tangki-tangki NGV yang hendak dipasang harus mendapat pengesahan dan kelulusan dari JPJ, DOSH dan SIRIM.
Manakala kos pemasangan tangki NGV bermula dari harga RM2,199 ke atas dan bergantung kepada jenis kenderaan dan enjin kereta yang digunakan..
Pengguna NGV tidak akan merasai perbezaan ketara namun satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah NGV memerlukan lebih masa untuk proses pemanasan kerana ia mempunyai suhu pembakaran yang lebih tinggi berbanding petrol biasa.
“Kebanyakkan kereta sesuai untuk dipasang tangki NGV, sama ada kereta biasa seperti Proton Iswara atau Exora sehinggalah kereta berprestasi tinggi seperti Jaguar ataupun Porsche,” kata Allan.

 – Fatihah Rashid

Kelebihan, kekurangan NGV

Saya menggunakan Volvo model 940 Turbo. Apakah kesannya jika saya menggunakan bahan bakar NGV yang boleh menjimat­kan minyak pada kenderaan saya. Adakah ia akan memudaratkan kenderaan itu?
sumber : http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Skru_Spanar_Kelebihan_kekuranganNGV/Article/index_html

FAREZ SHAH 
Kuala Lumpur


Kelebihan menggunakan NGV ialah me­ngurangkan pelepasan gas berbahaya ke alam sekitar. Kenderaan NGV mengurangkan pelepasan karbon monoksida sehingga 93 peratus, oksida nitrogen (33 peratus), hidrokarbon reaktif (50 peratus) berbanding kenderaan petrol biasa.

Harganya juga lebih stabil berbanding bahan api berasaskan petroleum. Kenderaan NGV juga mempunyai kos penyeleng­garaan lebih rendah kerana pembakaran gas asli begitu bersih, menjimatkan dan mengurangkan kehausan enjin.

Bagaimanapun, ia mempunyai kelemahan apabila memerlukan ruang besar untuk memuatkan tangkinya. Ini berikutan ia perlu mengorbankan ruang barangan untuk menampung silinder penyimpanan bahan api. 

Kelemahan lain adalah jarak pemanduan terhad dan biasanya hanya separuh berbanding kenderaan menggunakan petrol. 

Bagaimanapun, ada juga kereta mampu menggunakan kedua-duanya seperti Mercedes E-Class. Ia diklasifikasi Teknologi Gas Asli (NGT) dan boleh dipandu 186 kilometer (km) ketika menggunakan gas asli, manakala 435 km bagi petrol. 

Anda juga boleh menggunakan NGV bagi sebuah kenderaan dengan turbo, tetapi rangsangan kuasa atau ‘boost’ akan menjadi terhad. 

Pam NGV sedia ada mungkin tidak mampu mengepam gas secukupnya jika kuasa ‘boost’ ditingkatkan, kecuali menukarkan kepada komponen berkenaan yang lebih tinggi. 

Sistem penyejukan juga mungkin perlu ditingkat­kan untuk memastikan kesejukan pada operasi panjang. Dapatkan nasihat mereka yang pakar dalam pemasangan NGV bagi enjin turbo.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09 - See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Skru_Spanar_Kelebihan_kekuranganNGV/Article/index_html#sthash.PMZYVsDY.dpuf